Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

CARA MEMBUAT KUE KUIH GETAS GULA MELAKA

KUIH GETAS GULA MELAKA⁣
by. @kualihelena⁣

                



Bahan :
  • 1 cawan tepung pulut⁣
  • 3 sdm tepung ubi kayu⁣
  • 120 ml air⁣
  • 1 sdt garam ⁣
  • 1 cawan kelapa parut⁣

Gaulkan semua bahan diatas kecuali air.⁣
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan.⁣
Bentukkan bulat memanjang atau sesuai selera, goreng dengan api sederhana sehingga agak keperangan.⁣
Angkat dan tos kan.⁣

Lapisan Gula:⁣
1/2 cawan gula merah⁣
1/2 cawan air⁣

Dalam kuali non stick, masak gula dan air hingga mendidih dan pekat.⁣
Kecilkan api.⁣
Masukkan getas yang tadi ke dalam lapisan gula merah, kacau rata hingga semua tersalut rata dan gula berkaramel.⁣
Tutup api, biarkan sekejap sehingga lapisan gula merah mengeras.⁣

NOTA:⁣
Petua untuk mengelakkan kuih getas meletup semasa digoreng:⁣
1. Masukkan adunan kuih yang siap dibentuk kedalam kuali yang berisi minyak (jangan tunggu hingga minyak PANAS)⁣
2. Masak dengan api kecil dan biar minyak dan kuih panas perlahan-lahan. In sha Allah kuih tidak meletup-letup.⁣


selamat mencoba ya.....

Posting Komentar untuk "CARA MEMBUAT KUE KUIH GETAS GULA MELAKA"